Thursday, 14 January 2016

Pelajar Berlapar

Isu pelajar berlapar semakin serius apabila satu persatu masalah pelajar boleh dibaca di dada akhbar.

Mula-mula masalah pelajar UIAM yang mencuri perhatian di Harian Metro (5 Januari 2016) Deritamu Deritaku. Pemilihan tajuk mungkin agak exaggerated tapi dalamnya ada menceritakan fungsi Suspended Meals 2.0 atas usaha The Team. 

Dan pelajar Universiti lain pula menghadapi masalah yang sama (usus pecah sebab kesempitan wang).

Antara faktor berlakunya tak cukup wang, ada antara mereka yang berbakti kepada Ibu Bapa mereka dengan menyalurkan wang PTPTN mereka ke kampung dan kesannya wang berkurang sekaligus tidak mampu untuk survive (membeli buku, makanan/minuman). Adakah ketidakmampuan mereka ini disebabkan oleh GST.

Atau adakah pelajar tidak sedar akan usaha usaha murni Pertubuhan Universiti mereka yang memberikan makanan percuma. Adakah masalah pelajar juga?

Ada juga cadangan menyuruh pelajar bekerja atau berniaga online. Jika bekerja mungkin akan memberi kesan kepada proktiviti. Pelajar bukan macam Pak Menteri buka #3Kerja. Dan cadangan untuk suruh mereka berniaga pun mereka tidak mampu sebab mereka tiada kebolehan seorang usahawan. Adakah masalah pelajar juga?

Jadi kita sebagai pelajar apa yang kita harus lakukan?

Nilaikan.

Wednesday, 2 December 2015

Tips Jimat Tambang KTM (Walaupun Ada Kenaikan)



Bila ada kenaikan mesti ada yang bimbang. Terutamanya golongan pelajar yang mengatakan mereka menaiki KTM. Sebagai contoh gambar (sumber FB/Twitter) tambang RM4.40 untuk Return (sebelum kenaikan) dan RM6.80 untuk Return (selepas kenaikan). Kenaikan RM1.20 tambang sehala atau RM2.40 tambang pergi dan balik.


Tapi merujuk kepada tweet @KTMKomuter diskaun 50% akan diberikan kepada (Konsesi):
  1. Pelajar sekolah (Memakai uniform sekolah, uniform ko-kurikulum / persatuan atau uniform asrama)
  2. Pelajar IPTA/IPTS (Tunjukkan kad pelajar yang sah kepada staf di kaunter semasa membeli tiket)
  3. Warga Emas (Berusia 60 tahun keatas)
  4. Orang Kelainan Upaya (OKU) (Tunjukkan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pengenalan kepada staf di kaunter semasa membeli tiket )
Sumber : KTM

Dan diskaun xx% jika menggunakan Touch n Go

Kad Mingguan / Bulanan

Sebagai contoh, merujuk kepada tiket di atas, jika anda menggunakan:
  1. Touch n Go tambang anda akan menjadi RM6
  2. Konsesi RM3.40
  3. Tunai RM6.80
Jadi jika anda layak utk harga Konsesi guna lah peluang tu. Dan jika ada Touch n Go guna lah bagi yang tidak layak harga Konsesi. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kenaikan.


Sumber : KTM