Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Wednesday, 5 August 2015

Teknik ASB dan PTPTN

INI HANYALAH TEKNIK CADANGAN DENGAN ANDAIAN DIVIDEN 7% UNTUK ASB / 5.5% UNTUK TABUNG HAJI DAN PERLU BERDISIPLIN UTK MEMBAYAR DAN MENYIMPAN SETIAP BULAN. TIADA PINJAMAN ASB DILAKUKAN.


Satu teknik menyelesaikan hutang PTPTN dan pada masa yg sama menyimpan dalam ASB (Tidak perlu melakukan pinjaman ASB). Teknik menyelesaikan PTPTN dalam masa 5 tahun @ 60 bulan.

  1. Tetapkan bajet bulanan untuk pembayaran PTPTN dan simpanan ASB.
  2. Perlukan komitmen bulanan RM500 sahaja.
  3. Bayar mengikut jadual atau lebih.
  4. Jangan tertinggal menyimpan atau membayar.
Contoh:


Jumlah Pembiayaan: RM28000
Ujrah 1% dari RM28000: RM280 (setahun) @ RM23.33 (bulanan)
Tempoh bayaran balik: 180 bulan (15 tahun)
Jumlah upah: RM4200 (untuk 15 tahun)
Ansuran bulanan: RM178.89 @ RM180

Kita pilih untuk selesaikan dalam masa 5 tahun dan menyimpan di ASB selama 5 tahun. Anda perlu membayar ke PTPTN mengikut jadual iaitu RM180 sebulan.
  1. Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40 (Baki akhir boleh dpt disini Jadual)
  2. Simpanan terkumpul di ASB =  RM22,911.49
  3. Tolak Simpanan dan Baki Hutang.
  4. Andaian dividen ASB 7% setahun.
  5. Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).

Jika anda pilih Tabung Haji

  1. Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40  (Baki akhir boleh dpt disini Jadual)
  2. Simpanan terkumpul di Tabung Haji =  RM22,064.64
  3. Tolak Simpanan dan Baki Hutang 
  4. Andaian dividen Tabung Haji 5.5% setahun.
  5. Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).


Tuesday, 4 August 2015

Bayar RM50 sebulan PTPTN Berbaloi Atau Tidak?

Penerangan utk Pembiayaan menggunakan UJRAH

Rata-rata bagi cadangan bayar sahaja PTPTN RM50 sebulan. Persoalan sekarang berbaloi atau tidak?

  1. Bayaran tidak mengikut jadual akan memanjangkan lagi tempoh nak habis hutang
    • Prinsipal yang dibayar hanya sedikit (akan dijelaskan di bawah)
  2. Bayaran minima hanya melepaskan anda dari sekatan ke luar negara.
Contoh:

Jumlah Pembiayaan: RM24000
Ujrah 1% dari RM24000: RM240 (setahun) @ RM20 (bulanan)
Tempoh bayaran balik: 180 bulan (15 tahun)
Jumlah upah: RM3600 (untuk 15 tahun)


Jadual boleh dibina di PTPTN

Jika anda memilih untuk membayar RM50 sebulan. Anda cuma membayar RM30 = RM50 - RM20 (Ujrah) keatas Prinsipal ada kurang lagi RM103.33. Pembayaran dibuat selama 15 tahun hanya mengurangkan RM5400 sahaja berbaki lagi RM18,600.

Ujrah adalah upah (sama selama tempoh bayaran balik).

Pendapat saya bayaran RM50 sahaja tidak membantu anda menyelesaikan hutang cuma membantu dalam keadaan sementara. Cadangan membayar ikut jadual ANSURAN BULANAN (ikut jadual diatas) membantu menyelesaikan hutang PTPTN pada masa ditetapkan.

Kiraan mudah:
Hutang RM24,000 
Bayar RM50 sebulan (RM30 tolak prinsipal)
Dalam masa 800 bulan @ 67 tahun akan selesai.

Thursday, 23 July 2015

Cara bayar PTPTN

Semak Hutang PTPTN



Kaedah Bayaran Balik

  1. Kaunter 
  2. Potongan Gaji 
  3. Perbankan Internet 
  4. EDC Terminat 
  5. Portal Rasmi PTPTN 
  6. KWSP Akaun II 

1. Kaunter

  1. Pejabat PTPTN Negeri / Cawangan
  2. Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 
  3. Bank Islam 
  4. CIMB Bank 
  5. Bank Simpanan Nasional 
  6. Bank Rakyat 
  7. Pos Malaysia 
  8. Affin Islamic Bank 

2. Potongan Gaji


3. Perbankan Internet
  1. CIMB Bank
  2. Maybank
  3. Public Bank
  4. RHB Bank
  5. Ambank
  6. Pos Online
  7. Bank Islam
  8. Bank Rakyat
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. Agrobank
  11. Affin Bank (Affin Islamic Bank)

4. Portal Rasmi PTPTN

Bayaran melalui e-FES boleh dibuat menggunakan bank berikut:
  1. Bank Islam 
  2. CIMB Bank 
  3. Public Bank 
  4. Maybank 
  5. Hong Leong Bank 
  6. RHB Bank 
5. EDC Terminal
  1. Bayaran tanpa tunai menggunakan Kad ATM/Debit bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS 
  2. Semua kaunter dan kiosk/mobile PTPTN 
Sumber : 

Wednesday, 12 November 2014

Graduan dan PTPTN


  1. Diskaun 20% Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN (Sumber 1)

  2. Rebat 10% Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN (Sumber 2)


Sebagai Fresh Grad kita kena rebut peluang ada, jangan tangguhkan pembayaran pinjaman anda. Gaji yang ada "allocate" RM100-RM200 untuk pembayaran lalu layak untuk mendapat potongan 10 peratus daripada pinjaman kita.

Jadi Fresh Grad perlu pandai untuk mengurus wang yang kita terima (income) dan mempunya "cash flow" yang bagus. Boleh rujuk entri Panduan mengurus wang.