Bila ada kenaikan mesti ada yang bimbang. Terutamanya golongan pelajar yang mengatakan mereka menaiki KTM. Sebagai contoh gambar (sumber FB/Twitter) tambang RM4.40 untuk Return (sebelum kenaikan) dan RM6.80 untuk Return (selepas kenaikan). Kenaikan RM1.20 tambang sehala atau RM2.40 tambang pergi dan balik.
Tapi merujuk kepada tweet @KTMKomuter diskaun 50% akan diberikan kepada (Konsesi):
- Pelajar sekolah (Memakai uniform sekolah, uniform ko-kurikulum / persatuan atau uniform asrama)
- Pelajar IPTA/IPTS (Tunjukkan kad pelajar yang sah kepada staf di kaunter semasa membeli tiket)
- Warga Emas (Berusia 60 tahun keatas)
- Orang Kelainan Upaya (OKU) (Tunjukkan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pengenalan kepada staf di kaunter semasa membeli tiket )
Sumber : KTM
Dan diskaun xx% jika menggunakan Touch n Go50% diskaun bagi pelajar sekolah/IPTA/IPTS. Pakai baju seragam sekolah/kokurikulum/ tunjuk kad matrix.Beli tiket di kaunter.— KTMB 1300 88 5862 (@ktmkomuter) November 30, 2015
Kad Mingguan / Bulanan
Sebagai contoh, merujuk kepada tiket di atas, jika anda menggunakan:
- Touch n Go tambang anda akan menjadi RM6
- Konsesi RM3.40
- Tunai RM6.80
Jadi jika anda layak utk harga Konsesi guna lah peluang tu. Dan jika ada Touch n Go guna lah bagi yang tidak layak harga Konsesi. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kenaikan.
Sumber : KTM
No comments:
Post a Comment