Isu pelajar berlapar semakin serius apabila satu persatu masalah pelajar boleh dibaca di dada akhbar.
Mula-mula masalah pelajar UIAM yang mencuri perhatian di Harian Metro (5 Januari 2016) Deritamu Deritaku. Pemilihan tajuk mungkin agak exaggerated tapi dalamnya ada menceritakan fungsi Suspended Meals 2.0 atas usaha The Team.
Dan pelajar Universiti lain pula menghadapi masalah yang sama (usus pecah sebab kesempitan wang).
Antara faktor berlakunya tak cukup wang, ada antara mereka yang berbakti kepada Ibu Bapa mereka dengan menyalurkan wang PTPTN mereka ke kampung dan kesannya wang berkurang sekaligus tidak mampu untuk survive (membeli buku, makanan/minuman). Adakah ketidakmampuan mereka ini disebabkan oleh GST.
Atau adakah pelajar tidak sedar akan usaha usaha murni Pertubuhan Universiti mereka yang memberikan makanan percuma. Adakah masalah pelajar juga?
Ada juga cadangan menyuruh pelajar bekerja atau berniaga online. Jika bekerja mungkin akan memberi kesan kepada proktiviti. Pelajar bukan macam Pak Menteri buka #3Kerja. Dan cadangan untuk suruh mereka berniaga pun mereka tidak mampu sebab mereka tiada kebolehan seorang usahawan. Adakah masalah pelajar juga?
Jadi kita sebagai pelajar apa yang kita harus lakukan?
Nilaikan.
No comments:
Post a Comment