Tuesday 4 August 2015

Bayar RM50 sebulan PTPTN Berbaloi Atau Tidak?

Penerangan utk Pembiayaan menggunakan UJRAH

Rata-rata bagi cadangan bayar sahaja PTPTN RM50 sebulan. Persoalan sekarang berbaloi atau tidak?

  1. Bayaran tidak mengikut jadual akan memanjangkan lagi tempoh nak habis hutang
    • Prinsipal yang dibayar hanya sedikit (akan dijelaskan di bawah)
  2. Bayaran minima hanya melepaskan anda dari sekatan ke luar negara.
Contoh:

Jumlah Pembiayaan: RM24000
Ujrah 1% dari RM24000: RM240 (setahun) @ RM20 (bulanan)
Tempoh bayaran balik: 180 bulan (15 tahun)
Jumlah upah: RM3600 (untuk 15 tahun)


Jadual boleh dibina di PTPTN

Jika anda memilih untuk membayar RM50 sebulan. Anda cuma membayar RM30 = RM50 - RM20 (Ujrah) keatas Prinsipal ada kurang lagi RM103.33. Pembayaran dibuat selama 15 tahun hanya mengurangkan RM5400 sahaja berbaki lagi RM18,600.

Ujrah adalah upah (sama selama tempoh bayaran balik).

Pendapat saya bayaran RM50 sahaja tidak membantu anda menyelesaikan hutang cuma membantu dalam keadaan sementara. Cadangan membayar ikut jadual ANSURAN BULANAN (ikut jadual diatas) membantu menyelesaikan hutang PTPTN pada masa ditetapkan.

Kiraan mudah:
Hutang RM24,000 
Bayar RM50 sebulan (RM30 tolak prinsipal)
Dalam masa 800 bulan @ 67 tahun akan selesai.

No comments:

Post a Comment