Tuesday 15 November 2016

DUIT (Doa Usaha Ikhtiar Tawaka)

SPM tak susah
Yg susah ialah tabiat menabung
Cuba simpan 10 sen sehari
Lepas 10 hari pasti ada yg give up Katanya buat apa menabung ni

Untuk berjaya anda perlu:

  1. Letak matlamat.
  2. Disiplin kan diri anda. 
  3. Jangan paksa diri anda, mula dengan amaun yang kecil. Supaya anda rasa selesa dengan apa yang anda buat.
  4. Istiqamah dalam menabung.
  5. Matlamat tercapai, ulang balik.

Friday 29 January 2016

Tabung Haji Goyah: Kekal atau Withdraw?

Dipetik dari Facebook Afyan Mat Rawi

"Tuan, saya sudah tidak yakin dengan tabung Haji jadi saya keluarkan duit dari Tabung Haji, apakah alternatif terbaik?"

+ Kata ejen takaful, "Masuk takaful haji, lagi bagus dari Tabung Haji. Pelaburan dapat, perlindungan pun dapat".

+ Kata ejen unit trust, "Masuk unit trust la. Boleh bagi return 15% ke 20% setiap tahun, patuh syariah lagi."

+ Kata ejen XXX Gold, "Beli emas, harga emas meningkat setiap tahun".

+ Kata Mamat XYZ, "Masuk skim lebuhraya XYZ la, boleh dapat duit bulan-bulan".

+ Kata staff XXX Bank, "Buat ASB loan, lepas tu top up dengan duit TH".

+ Kata dealer Telco ZOZTalk, "Jom bertukar kepada ZOZTalk. Orang lain pakai telefon kena bayar duit, kami pakai telefon dpt duit".

NOTA; Jangan tanya si tukang gunting sama ada kita perlu gunting rambut atau tak. Sebab dia akan kata perlu gunting walaupun kita botak.

Cadangan saya?

+ Kekalkan duit di Tabung Haji, sebab isu yg berlaku pada TH ialah isu good governance, bukan isu financial planning.

+ Lihat pengumaman dividen TH nanti utk buat keputusan berdasarkan financial planning.

+ Isu good governance, kena selesai dengan cara politik. PRU dah tak lama.

Monday 25 January 2016

Soal Jawab Soalan Mudah



Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Bagaimana nak buka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB)?
Akaun pelaburan ASB boleh dibuka di Pejabat ASBN atau ejen ASNB seperti Maybank, CIMB, RHB dan Pejabat Pos (Rujuk website untuk lihat ejen ASNB terbaru).
  • Berapa ringgit untuk pembukaan akaun ASB
Amaun minima sebanyak 10 unit (RM10) sahaja.
  • Kena simpan setiap bulan ke?
Ikut kita nak simpan atau tidak. Ni kan simpanan.
  • Boleh keluarkan balik tak duit tu?
Nak keluarkan duit ikut suka hati kita, keluar semua kira tutup akaun.
  • Buku hilang ada caj tak?
Sudah tentu ada caj. Kalau tiada caj kita (manusia) akan hilangkan buku. (Rujuk caj)
  • Saya ni seorang yang pemalas nak ke Bank (ejen ASNB) untuk masukkan wang macam mana?
Jangan risau anda boleh buat secara online melalui Maybank2u, CIMBClicks, AFFINOnline dan bank yang tawarkan perkhidmatan ini. Ada caj dikenakan RM1 + GST (RM1.06).

Tabung Haji (TH)
  • Bagaimana nak buka akaun Tabung Haji (TH)?
Akaun Simpanan TH boleh dibuka di semua cawangan TH, Kaunter Bank Islam, Kaunter Bank Rakyat dan Mobile Kaunter TH.
  • Berapa ringgit untuk pembukaan akaun TH?
Amaun minima sebanyak RM2 sahaja.
  • Kena simpan setiap bulan ke?


Ikut kita nak simpan atau tidak. Ni kan simpanan.
  • Boleh keluarkan balik tak duit tu?
Nak keluarkan duit ikut suka hati kita, keluar semua kira tutup akaun.
  • Ada akaun TH ni kira boleh daftar Haji ke?
Tidak, nak daftar Haji kena ada RM1300 kemudian buat pendaftaran Haji.

  • Saya ni seorang yang pemalas nak ke cawangan TH untuk masukkan wang macam mana?
Jangan risau anda boleh buat secara online.

Saham Bank Rakyat *tidak dibuka untuk permohonan baru
  • Bagaimana nak beli Saham Bank Rakyat?
Saham boleh dibeli di semua dari cawangan Bank Rakyat.
  • Berapa ringgit untuk pembukaan akaun TH?
Amaun minima sebanyak 500 unit saham (RM500).
  • Boleh beli unit lagi tak?
Tidak RM500 maksima kalau nak boleh mohon melalui borang yang disediakan.
  • Boleh keluarkan balik tak duit tu?
Nak keluarkan duit boleh tapi kena dapat kelulusan dahulu.
  • Dividen banyak ke?
Dividen 15-20%, tahun 2014 15% dividen tunai dibayar.

*Dividen Saham Bank Rakyat bagi tahun 2015 ialah 13%

Kad Debit (Debit Card)


-> Maybank Debit Card
  1. Kad Debit dari Maybank ada dua jenis kad ada kad dengan caj tahunan RM8 dan kad tanpa caj tahunan.
  2. Jadi sebelum buat Kad Debit anda kena tahu jenis kad yang mana.
  3. Jika anda yang jenis suka keluarkan duit boleh lah ambil Kad Debit yang ada Caj Tahunan. Kad ni unlimited withdrawal boleh kasi licin keluarkan duit.
  4. Dan jika anda yang tak suka keluarkan duit (kawal diri) dan tak keluarkan duit lebih 4 kali boleh lah pilih Kad Debit tanpa caj tahunan yang membenarkan 4 kali pengeluaran sahaja sebulan. Pengeluaran kelima ada caj 50 sen.
-> PB Petron Visa Debit Card

Image result for PB-Petron Visa Debit Card
  • Apa kelebihan Kad Debit ni?
Anda akan dapat 1% cash rebate setiap transaksi di Petron. Contoh isi minyak RM100 anda swipe Kad Debit ni dapat lah 1% (RM100 x 1% = RM1). RM1 ni nampak sikit bagi orang tak nampak kelebihannya.

Dan 0.5% bagi transaksi menggunakan Terminal Kad Debit/Kredit (Visa/Mastercard)
  • Ada caj tahunan tak?
Kad ni tiada caj tahunan (percuma).
  • Bagaimana nak daftar Kad Debit ni?
Boleh mohon Kad Debit ni mana-mana cawangan Public Bank di Malaysia
  • Cawangan Public Bank ni tak banyak macam susah nak guna.
Dua jawpaan.
- Yang banyak alasan tak payah buat Kad Debit ni.
- Yang tiada alasan kena tahu IBG transfer (Bank lain ke Public Bank) caj 11 sen. Pandai lah utilize kan Kad Debit ni untuk tutup (cover) kos 11 sen tu tadi.

Kad Ganjaran


Kumpul mata ganjaran(Use your points to purchase fuel or items from any of the 1,000 Mesra stores nationwide!)
Image result for miles card petron
- Kumpul mata ganjaran setiap kali mengisi minyak. Setiap RM1 = 1 point.
- Mata ganjaran yang dikumpul boleh tebus minyak, pembelian di mart dan Touch N Go.
- Untuk lebih faedah setiap kali isi minyak di Petron guna  PB Petron Visa Debit Card untuk dapat cash rebate 1%. Ganjaran berganda. Sebagai contoh:
Isi minyak RM50 dengan swipe Kad Debit dapat 1% (50 sen akan di kredit ke akan Kad Debit) dan guna sekali Miles Card untuk mata ganjaran, dapat 50 points.

Ada di ceritakan dalam Cara Dapat Duit Percuma dan Minyak Percuma
  • Bonuslink (Shell)
Bcard ini boleh digunakan di pelbagai merchant. Mata ganjaran juga boleh ditebus untuk hadiah yang menarik.