Anda bekerja untuk duit. Tukarkan kepada duit bekerja untuk anda.
Nampak macam MLM atau skim cepat kaya. Tapi jangan risau perkongsian ini semua sah dari undang-undang. Apa itu duit bekerja untuk anda (duit beranak hasilkan duit lagi). Senang sahaja anda gunakan Amanah Saham Bumiputera (ASB) utk duit bekerja untuk anda.
Umum sudah tahu ASN dibawah ASNB akan memberikan pulangan 7-8% setahun. Jadi dengan kuasa gandaan dalam simpanan duit boleh bertambah. Sama seperti dikongsikan oleh Ariff Shah dalam blog beliau:
- Simpan dalam amaun kecil (5-10%) daripada elaun/gaji bulanan dalam apa sahaja instrumen penyimpanan wang. (Panduan Menguruskan Wang)
- Jangan keluarkan atau jangan usik.
- Lepas 10 tahun, anda akan nampak konsep compaunding ni berkesan. Duit anda akan jadi berganda-ganda.
Sebagai contoh. Pada awal Januari anda telah masukkan RM1000 ke dalam ASB. Anda tidak mengeluarkan wang tersebut selama 10 tahun. Dan ASB telah memberikan pulangan 7.5% setahun (andaian).
Jadi dalam masa 10 tahun duit RM1000 tadi telah menjadi RM2061.03
Jadi dalam masa 10 tahun duit RM1000 tadi telah menjadi RM2061.03
Tapi anda kena DISIPLIN (kawal nafsu) untk semua ni.
Selain dari ASB anda boleh pilih Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk jadikan duit bekerja untuk anda
*TIDAK PERLU MEMBUAT PINJAMAN !
*TIDAK PERLU MEMBUAT PINJAMAN !
No comments:
Post a Comment