Monday, 27 April 2015

Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global

Sumber: E Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa terdapat beberapa syarat bagi kontrak mudharabah yang sah mengikut syarak, iaitu antaranya:
Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu.
Pelaburan mestilah bersifat terbuka dan sesuatu pelaburan dianggap tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli barang tertentu contohnya, sejadah, atau barangan jenis tertentu daripada orang tertentu.
 
Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha.
Keuntungan yang dihasilkan mesti dikongsi bersama oleh pelabur dan pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya, sementara pengusaha akan memperoleh hasil usahanya.
 
Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja.
Kontrak pelaburan dianggap tidak sah jika wujud syarat yang menetapkan pelabur perlu bekerja bersama pengusaha.
 
  1. Muzakarah mendapati bahawa pelaburan yang dijalankan oleh Syarikat Mecca Fund Global ini bertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah dalam Islam, iaitu antaranya pelabur perlu membeli lot yang ditawarkan oleh pemilik syarikat,  akan berlaku kehilangan modal dan  berlaku ketidakpastian terhadap kadar keuntungan dan modal. Selain itu, pelaburan yang dijalankan juga bertentangan dengan undang-undang yang terpakai di Malaysia iaitu melakukan perbuatan mengambil deposit secara haram.
     
  2. Sehubungan itu, berdasarkan perkara-perkara tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak. Pelaburan yang dijalankan juga didapatimelanggar undang-undang negara kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM).
     
  3. Muzakarah juga menasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini.

Thursday, 23 April 2015

Melabur Unit Trust Melalui Fundsupermart

Summarize all things:
  1. Latest information
  2. Lowest sales charge. Sales charge serendah 2% (rata-rata syarikat Unit Trust lain mengenakan sales charge utk pelaburan awal dan tambahan sebanyak 5-6%). Jadi boleh jimat kos disini dapat lebih banyak unit. *GST dikenakan keatas jumlah sales charge.
  3. Pelaburan awal serendah RM100 (ikut fund) dan rata-rata pelaburan awal RM1000.
  4. Pelaburan tambahan RM10 bagi pelaburan awalnya RM100 dan RM100 bagi pelaburan awalnya RM1000.
  5. Pembukaaan akaun percuma, segala transaksi secara online. Dan bagi yg membuka akaun dan akaun telah diaktifkan akan menerima promosi sales charge 1%. (Daftar di sini)

Bila dah berjaya mendaftar anda akan

Anda boleh membeli Fund yg anda tahu potensi pulangan (sales charge 1% untuk sebulan selepas akaun anda diaktifkan). Pembelian Fund boleh dilakukan bila akaun anda telah diaktifkan.


Anda juga boleh menjual Fund yang anda beli (tiada sales charge dikenakan, jika ada Fund yang ada sahaja). Duit akan dikreditkan ke akaun Bank yang anda daftarkan dalam sistem.

Anda boleh lihat pulangan sebenar. Profit in RM dan Profit in %.



Saturday, 11 April 2015

Program Skim Piramid UFUN Club & UTOKEN Di Serbu

Dari WangCyber


Pihak polis Thailand telah menahan 3 orang eksekutif UFUN Store Co. Ltd , kerana didakwa menjalankan operasi skim piramid yang melibatkan 14,700 orang di Thailand, Malaysia serta Indonesia dengan kerugian, dianggarkan bernilai 10 billion bath (~RM1 billion)

Pihak polis Thailand juga masih memburu tiga rakyat Malaysia yang dipercayai turut menjadi dalang terhadap skim tersebut. Tiga orang suspek tersebut ialah Tae Kim Leng, 40, pemegang saham dan pengarah; Lee Kuan Ming, 38, seorang pengarah; Wong Ching Hua, 42, pemegang saham dan pengarah


Rittidej Warong dari Si Sa Ket, 40, ditahan di kediamannya di daerah Khan Na Yao di Bangkok pagi ini. Beliau merupakan seorang peguam, dan pemegang 51% saham syarikat. 
Rattavich Thiti-arunwat, 34, pula telah ditahan ketika berada di ruamahnya di Chiang Mai. Polis turut merampas dua buah kereta mewah, sedozen bag berjenama serta lebih 40 buah jam tangan mewah di rumahnya di daerah Bang Kapi Bangkok. Rattavich, adalah ketua kumpulan paling atas di dalam perniagaan tersebut, beliau mendakwa perniagaannya adalah sah dan telah merancang untuk memperluaskannya ke luar negara.

Chaithorn Thonglorlert, 40, ditahan di kediamannya di Bang Na, wilayah Samut Prakan. Polis turut merampas slip pemindahan wang berjumlah ratusan ribu baht setiap satunya dan wang kertas ringgit di sana. Beliau adalah salah seorang pemegang saham syarikat.

Di dalam satu taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis, Somyot Poompanmoung di ibu pejabat syarikat tersebut di Bang Na selepas serbuan , beberapa orang telah memfailkan aduan terhadap syarikat tersebut melalui pusat bantuan kerajaan selepas mereka tidak menerima saham dan keuntungan mereka seperti yang dijanjikan sejak tahun 2014. 
“Pihak kami telah meneliti perniagaan ini dan mendapati ia sebenarnya adalah satu skim piramid. Jadi, pihak kami telah membatalkan lesen korporat mereka pada 8 April lalu dan telah mendapatkan waran tangkap terhadap lapan pemegang saham dan pengarah syarikat tersebut, tiga daripada mereka adalah warganegara Thai,” kata Pol Gen Somyot.
UFun membuat wang dengan memujuk orang ramai untuk melabur dengan pihak mereka melalui laman web dan saluran dalam talian yang lain. 
Ia menawarkan lima kedudukan pelaburan: satu-bintang ($ 500), dua bintang ($ 1,000), tiga bintang ($ 5,000), empat bintang ($ 10,000) dan lima bintang ($ 50,000). Selepas menjadi ahli, pelanggan akan mendapat mata untuk diskaun apabila membeli produk.
Ahli-ahli juga diminta untuk memujuk orang lain untuk menyertai pasukan mereka dengan membeli UToken, iaitu mata wang maya khas yang digunakan untuk membeli produk syarikat. 
“Kami mendapati syarikat tersebut langsung tidak menyebut tentang produk ketika membuat jualan . Sebaliknya, ia menggesa pelanggan untuk mengembangkan pasukan masing-masing dengan menawarkan pulangan barangan bernilai tinggi seperti kereta atau bar emas. Dengan cara itu, wang keuntungan yang dinana adalah datang daripada ahli-ahli baru dan bukannya daripada menjual produk,” katanya lagi.