Monday 15 June 2015

Pengurusan Wang

Artikel diterbitkan pada 6 Disember 2014 di Harian Metro

1. Kurangkan hutang dengan segera seperti kad kredit kad, jauhi skim beli dulu bayar kemudian dan hutang piutang yang kecil. Sebaik-baiknya jangan mempunyai kad kredit langsung dan hanya gunakan debit kad.

2. Tingkatkan simpanan wang anda. Ketepikan antara 10 peratus daripada pendapatan anda setiap bulan. Kalau wang gaji yang dibawa pulang sebanyak RM2000 sebulan, ketepikan RM200 ke dalam akaun yang berasingan dan elak daripada menggunakannya.

3. Pastikan kerjaya anda dijaga dengan melakukan pekerjaan dengan rapi serta elakkan sebarang masalah dengan majikan. Pekerja yang tidak produktif akan didahulukan dalam senarai untuk diberhentikan kerja atau potongan gaji. Ini biasanya akan berlaku dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

4. Pastikan anda mempunyai wang tunai untuk menampung pembelanjaan sekurang-kurangnya selama enam bulan dan yang terbaik meningkatkannya untuk dua tahun.

5. Pertingkatkan kemahiran dan ilmu anda dengan menghadiri kursus yang relevan dengan perniagaan majikan anda. Walaupun anda diberhentikan kerja, kemahiran yang anda peroleh akan menjadi aset bagi majikan yang lain. Majikan juga mahukan pekerja mereka menjadi aset kepada syarikat mereka.

6. Berniaga secara kecil-kecilan di Internet, membuka kedai makan di tempat yang tidak mempunyai kos tinggi. Dapatkan juga ilmu perniagaan sebelum memulakan sebarang perniagaan yang memerlukan kos yang tinggi.

7. Elakkan pembelian mewah dengan harga yang besar saperti kereta, motosikal, perabot, renovasi rumah, pakej percutian dan barang yang berharga tinggi dan nilainya merosot setiap tahun.

No comments:

Post a Comment