Sunday, 15 March 2015

EXPOSE TENTANG SCAM > NOTA TERKINI - Azizi Ali

1. Saya telah menulis satu post mengexposekan cara operasi pengusaha2 scam (post bertarikh 17 Jan 2015).
2. Dalam pada masa yang sama, pengusaha2 scam ini juga telah mengemaskinikan sistem dan operasi mereka. Salah satu sebabnya ialah untuk tidak kelihatan terlalu obvious yang ‘pelaburan’ itu adalah satu scam. Mereka juga akan menukar produk, sistem atau kedua-duanya sekali untuk mengaburi mata pelabur.
3. Jadi berikut adalah diantara ciri2 terkini scam.
4. Pertamanya, mereka wujudkan satu produk yang boleh dijual beli oleh ‘pelanggan/pelabur’. Dengan adanya produk ini, mereka boleh menepiskan tuduhan yang sistem mereka itu adalah pelaburan semata. Dan dengan kewujudan produk ini juga, mereka tidak memerlukan approval BNM & SC untuk mengutip wang daripada pelabur. Alasannya ialah mereka bukan mengutip wang daripada pelabur; mereka memberikan peluang kepada ‘pelanggan’ untuk menjual beli produk!
5. Produk yang terbaik ialah produk ‘virtual’ kerana ianya tidak memerlukan modal. Satu contoh ialah 'digital currency'. Mereka control segalanya: mereka boleh isukan sebanyak mana mereka nak isu, mereka tak perlu permit/lesen untuk melakukan semua ini dan malah boleh melakukan apa saja mereka nak buat!
6. Untuk menggembirakan ‘pelanggan/pelabur’, mereka naikkanlah nilai digital currency mereka itu dari masa kesemasa. Ingat – semua ini keputusan mereka semata! ‘Pelanggan/pelabur’ pasti akan gembira dengan kenaikkan ini. Pada mata mereka, itulah bukti yang produk/pelaburan mereka itu adalah power!
7. Scammer kemudian akan menggunakan sebahagian daripada wang yang dikutip dan membuat ‘pelaburan’. Mereka menceritakan yang tujuannya ialah untuk ‘kebaikkan & keuntungan’ ‘pelanggan/pelabur’. Fakta yang mereka tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang dari pelabur Malaysia dilupakan begitu saja! (Sudah tentu scammer akan menggunakan sebahagian daripada wang yang dikutip itu untuk tujuan peribadi mereka – beli Mercedes, cuti di luar negara, joli sana joli sini. Part ini mereka tak cerita dekat ‘pelanggan/pelabur’!)
8. Sebenarnya, pulangan yang diterima atau kenaikkan nilai produk itulah bukti terunggul kepada ramai orang yang produk/pelaburan mereka itu adalah betul, valid dan power. Bagaimana pulangan itu berlaku, mereka tak kisah pun! Malah, scammer kelentung macam2 pun selepas ini, mereka tak akan kisah juga. Mata mereka sudah dikaburi oleh pulangan yang diterima atau kenaikkan nilai produk!
9. Sudah tentu selepas itu mereka akan menambah jumlah wang pelaburan untuk menambah keuntungan yang diterima. Mereka juga akan merekrutkan rakan2 dan ahli keluarga untuk sama2 menikmati segala keindahan ini.
10. Untuk tujuan CSR, scammer mengambil sedikit wang yang dikutip dan membuat derma kepada mangsa2 yang ditimpa kecelakaan. Mereka pastikan ada full media coverage semasa mereka menghulurkan cek tersebut. Langkah ini pasti menyejukkan hati semua ‘pelanggan/pelabur’ mereka. ‘Pelanggan/pelabur’ rasa gembira dan bertuah sekali kerana melabur dengan orang yang suci hati seperti scammer! (Sudah tentu pihak scammer tidak menceritakan yang wang itu bukan datang dari poket mereka tetapi dari poket ‘pelanggan/pelabur’!)
11. Jika ada keperluan permit atau lesen, no problem. Scammer boleh dapatkannya dari negara-negara pasir berdengung (macam filem Laxamana Do Re Mi tu)! Sebagai contoh, mereka dapatkan permit mutual fund dari New Guinea walaupun mereka mengutip wang ringgit dari rakyat Malaysia! First of all, most people don’t even care about the permit. Mereka sudah seronok mendengar cerita mutual fund itu. Second of all, kalau orang tanya atau minta buktinya, scammer boleh tunjuk permit dari New Guinea itu! Best tak?
12. Jadi scammer mix and match cerita mereka supaya orang ramai kelabu dan susah untuk mengenal pasti situasi yang sebenarnya. Contoh: kadangkala mereka gunakan terminologi digital currency; kadangkala mereka gunakan terminologi crypto-currency; kadangkala mereka gunakan terminologi ‘seumpama digital currency’! On top of confusing everyone, sudah pasti statemen mereka akan betul sekali-sekala! Dan langkah ini juga memberikan peluang untuk mereka ‘hitch their wagon to a star’. Apabila digital currency boom, mereka kata produk mereka juga digital currency! Apabila crypto-currency boom, mereka kata produk mereka juga crypto-currency! And the reverse: jika digital currency hancur, mereka kata produk mereka bukan digital currency, ianya adalah crypto-currency! Pendek kata, dengan menggunakan strategi ‘mix and match’ ini, scammer tak boleh silap atau kalah!
13. Seperti yang boleh kita lihat, strategi2 terkini ini begitu canggih sekali. Ramai orang terutamanya mereka yang tamak dan mereka yang kurang arif tentang wang & pelaburan akan terperangkap dalam jerat scammer!
14. Anda kenali sesiapa yang terjerlus dalam perangkap sebegini?

No comments:

Post a Comment