Alhamdulillah Bonus TH telah diumumkan sebentar tadi. Para pendeposit boleh mula menyemak pengkreditan Bonus di akaun anda mulai Isnin, 26 Januari 2015.
Bagaimana untuk mengira bonus anda?
Pengiraan Bonus TH 2014
a) BONUS TAHUNAN TH (6.25%)
Kiraan: Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2014)/12 bulan x 6.25%
b) BONUS HAJI TH (2% - Terhad kepada akaun pendeposit yang belum menunaikan haji dan terhad kepada bayaran Haji RM9,980)
Kiraan : Baki purata minima bulanan ≤ RM9,980 (Jan-Dis 2014)/12 bulan x 2%
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-6207 1919
No comments:
Post a Comment