Monday 6 April 2015

Permohonan Biasiswa YDPA 2015 telah dibuka


BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2015/2016 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

1. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

2. Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.

3. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 6 April 2015.

4. Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) Biasiswa Yang diPertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 ialah pada 17 April 2015 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 24 April 2015.

5. Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3331 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.

Iklan ini dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (SUMBER)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2015/2016 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara. 

Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut: 

Syarat-Syarat Umum Permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 
  1. Warganegara Malaysia. 
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti. 
Syarat-Syarat Khusus Pengajian di Peringkat Sarjana/ Kedoktoran
  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif. 
  3. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa. 
  4. Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di LAMPIRAN B1 atau di 20 universiti universiti terkemuka dunia (Ivy League) mengikut Times Higher Education (THE), QS World University Ranking, Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron's Profiles Of American Colleges atau manamana universiti berprestij lain yang dipersetujui oleh JPA. 
  5. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan atau mixed mode yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
(SUMBER dan SENARAI UNIVERSITI)



PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2015/2016 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 

1. Borang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 hendaklah diisi secara dalam talian (on-line), dimuat turun, dicetak dan dihantar dengan tangan atau melalui pos ke alamat seperti yang ditetapkan.

2. Pemohon boleh mengemukakan permohonan on-line mulai jam 5.00 petang, 6 April 2015 sehingga tarikh tutup permohonan on-line pada 17 April 2015 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan iaitu pada 24 April 2015.

3. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.

4. Pemohon dikehendaki menghantar Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian adalah seperti di LAMPIRAN D1.

5. Pemohon dikehendaki untuk menghantar salinan dokumen/ sijil-sijil yang telah diakui sah semasa mengemukakan permohonan. Dokumen/ sijil-sijil asal perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.

6. Semua permohonan akan diproses selepas tarikh tutup permohonan. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Keputusan pemohon yang berjaya disenarai pendek boleh disemak di portal www.jpa.gov.my mulai 18 Mei 2015.

7. Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 oleh Ketua Jabatan.

8. Semua pemohon perlu memastikan ibu bapa pemohon tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan. Sekiranya ini berlaku, pemohon tidak akan ditawarkan biasiswa.

9. Tiada sebarang rayuan akan diproses oleh Jabatan ini sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendek.

PERINGATAN PENTING

1. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Program Biasiswa Yang diPertuan Agong boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di talian 03-88853546/3569/3331 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.

2. Tarikh tutup bagi permohonan on-line ialah pada 17 April 2015 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 24 April 2015.

3. Pemohon boleh menyemak keputusan panggilan temuduga pada 18 Mei 2015 melalui laman web JPA. Bagi pemohon yang berjaya dipanggil temu duga, surat panggilan temu duga akan dikeluarkan secara dalam talian (on-line) melalui laman web JPA dan pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temu duga tersebut untuk dibawa semasa menghadiri temu duga.

5 comments:

  1. Utk lepasan SPM boleh mohon tak? Tlg bls tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk lepasan SPM rasanya banyak keluar masa result SPM hari tu. Boleh rujuk akhbar.

      Delete
  2. Salam . nak tanya kalau saya student diploma dekat ipta boleh mohon tak yee ?

    ReplyDelete
  3. Kalu result acca nak ambil master mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Master tak silap kena apply guna Degree / Diploma + Pengalaman

      Delete