Tuesday 23 June 2015

Ilmu Duit Cara Urus Wang



1. Tetapkan Tabung khas; Tabung Pelajaran / Tabung Kahwin / Tabung Rumah dan lain-lain.

Masuk kan RM5-RM10 sehari/seminggu/sebulan. Bergantung dgn nilai yg logik.


2. Haramkan penggunaan RM5 (#kumpulhijau). Atau nilai yang ada rasa anda mampu utk elak utk digunakan.


3. Asingkan wang yg diterima dari hasil kerja separuh masa / kerja online. Jangan campurkan dgn wang gaji.


4. Jangan berbalanja online. Jangan install apps / langgan email tentang promosi online.


5. Jangan guna Kad Kredit. Anda akan culas dlm pembayaran. 


6. Hidup bersederhana. Tak perlu bermewah-mewah. Jadi duit banyak boleh simpan.


7. Dlm menguruskan wang. Jgn korup dgn diri sendiri. Jangan jd pemimpin yg korup pada masyarakat. Duit anda jgn culas.


8. Jangan berbelanja benda yg tak sepatutnya dibelanja kan. Kehendak vs Keperluan.


9. Jangan masuk skim cepat miskin yg bersepah sekarang ni. Habis lebur duit.

Wednesday 17 June 2015

Teknik LASB

Kesemua teknik menggunakan financing (pinjaman) dari bank.



  1. Teknik Pengubahan
  2. Teknik Terkumpul (Klik utk baca)
  3. Teknik Ulangan (Klik utk baca)
  4. Teknik Pintas
  5. Teknik Pengubahan Berganda
  6. Teknik Pintasan Pengubahan Berganda
  7. Teknik Serap Interest Rumah
  8. Teknik OD Rumah vs Pinjaman ASB

Monday 15 June 2015

Pengurusan Wang

Artikel diterbitkan pada 6 Disember 2014 di Harian Metro

1. Kurangkan hutang dengan segera seperti kad kredit kad, jauhi skim beli dulu bayar kemudian dan hutang piutang yang kecil. Sebaik-baiknya jangan mempunyai kad kredit langsung dan hanya gunakan debit kad.

2. Tingkatkan simpanan wang anda. Ketepikan antara 10 peratus daripada pendapatan anda setiap bulan. Kalau wang gaji yang dibawa pulang sebanyak RM2000 sebulan, ketepikan RM200 ke dalam akaun yang berasingan dan elak daripada menggunakannya.

3. Pastikan kerjaya anda dijaga dengan melakukan pekerjaan dengan rapi serta elakkan sebarang masalah dengan majikan. Pekerja yang tidak produktif akan didahulukan dalam senarai untuk diberhentikan kerja atau potongan gaji. Ini biasanya akan berlaku dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

4. Pastikan anda mempunyai wang tunai untuk menampung pembelanjaan sekurang-kurangnya selama enam bulan dan yang terbaik meningkatkannya untuk dua tahun.

5. Pertingkatkan kemahiran dan ilmu anda dengan menghadiri kursus yang relevan dengan perniagaan majikan anda. Walaupun anda diberhentikan kerja, kemahiran yang anda peroleh akan menjadi aset bagi majikan yang lain. Majikan juga mahukan pekerja mereka menjadi aset kepada syarikat mereka.

6. Berniaga secara kecil-kecilan di Internet, membuka kedai makan di tempat yang tidak mempunyai kos tinggi. Dapatkan juga ilmu perniagaan sebelum memulakan sebarang perniagaan yang memerlukan kos yang tinggi.

7. Elakkan pembelian mewah dengan harga yang besar saperti kereta, motosikal, perabot, renovasi rumah, pakej percutian dan barang yang berharga tinggi dan nilainya merosot setiap tahun.

Tuesday 9 June 2015

10 Kesilapan Kewangan Orang Muda

Saya pernah muda sekali. Dan kerana pernah menjadi muda, saya melalaui banyak kesilapan kewangan yang akhirnya memakan diri. Di bawah ini, saya sertakan 10 kesilapan kewangan orang muda yang biasa mereka lakukan dan agar, jika anda masih muda, anda tidak melakukan kesilapan yang sama.

1. Tidak faham fungsi credit card
Mempunyai credit card bagus. Tetapi mesti tahu kenapa ada credit card asasnya. Tidak perlu ada sampai 10 credit card kerana lagi banyak credit card yang kita ada, lagi banyak bala yang akan menimpa. Ada dua benda yang kita tidak faham degan credit card. Pertama, kenapa kita patut ada credit card dan kedua, bila sudah ada credit card.

Dalam posting ini, saya akan fokus kepada sebab yang kedua. Apabila kita mempunyai credit card, kita rasa kuasa membeli kita besar. Lalu kita membeli benda yang kita tidak perlu. Akhirnya, bila kita beli banyak sangat benda yang kita tidak perlu, kita terjebak dengan hutang credit card yang tak habis-habis sampai tua. Selain dari punca tidak ada kesedaran, punca yang utama adalah tidak faham tentang credit card.

Sebagai contoh :

- kita cuma membayar minimum payment setiap bulan namun penggunaan credit card meningkat setiap bulan. Ini menyebabkan hutang kita tidak akan habis dibayar sampai bila-bila pun.
- Kita selalu bayar lambat setiap bulan, ya, walaupun kita bayar, tetapi kita menambah hutang lagi apabila bank charge kita lambat bayar.
- Kita guna cash advance dari credit card, walhal kita tak sedar interest pada cash itu lagi tinggi berbanding interest yang dikenakan pada penggunaan direct credit card itu.



2. Tidak peduli discount
Kadangkala, ada banyak discount untuk orang muda tetapi kita memilih untuk menikmati discount itu. Instead of bayar sikit, kita bayar banyak. Maka, selalu check jika ada discount untuk orang muda lebih-lebih lagi discount untuk para pelajar.



3. Beli barang yang mahal
Ini memang satu penyakit biasa. Kalau nak beli barang mesti nak beli yang mahal dan tidak mahu beli yang murah. Pepatah melayu ada sebut tentang ini “Biar papa asal bergaya”. Ini memang nak melingkupkan diri sendiri. Sebenarnya, tidak perlu beli barang yang mahal sahaja untuk gembira tetapi beli barang yang kita mampu.Tidak semestinya barang yang mahal itu baik dan barang yang murah itu teruk. Jika terpaksa sangat nak beli barang mahal, buat research dulu tentang barang itu dan fikir, adakah benar-benar keperluan kita atau sekadar kehendak kita?



4. Tidak buat budget bulanan
Sama ada kita malas, atau kita bodoh. Budget bulanan adalah perkara yang wajib kita buat setiap bulan dan bukannya kita buat sekali setahun. Budget adalah panduan untuk kita merancang kewangan kita selama sebulan. Jika perancangan sebulan pun kita gagal, bagaimana kita nak merancang kewangan untuk setahun? Dan jika budget diri sendiri pun kita tak pernah buat, bagaimana kita nak buat budget untuk bakal keluarga kita pula? Dan jika budget sendiri pun tak pernah buat, bagaimana kita nak buat budget untuk company atau perniagaan yang bakal kita ada kelak?



5. Duit kecemasan
Mat Salleh cakap duit “Rainy Day”. Melayu cakap, sediakan payung sebelum hujan. Daripada pendapatan bulanan kita, kita tak pernah nak simpan satu sen pun. Ini memang penyakit orang melayu. Ramai diantara kita yang bila berlaku kecemasan, kita terpaksa meminjam duit kawan atau keluarga. Bila dah kecemasan, mulalah lari budget dan terpaksa belanja untuk kecemasan itu secara tak langsung akan effect perbelanjaan yang lain.
Sebagai contoh, kita tak ada duit simpanan kecemasan. Sekali bulan tu kereta eksiden, so kita kena guna banyak duit untuk settlekan hal kereta. Lalu kita menunda pembayaran credit card. Akhirnya kita dikenankan charge lambat bayar dan bukankah ini telah menambah beban yang sepatutnya tidak ada kalau kita ada duit simpanan?
Selalu kena ingat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau simpan RM200 sebulan, kalau setahun kan dah jadi RM2400.


6. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Biasa kita dengar pepatah ini kita relate dengan perkara yang positif. Namun, pepatah yang sama boleh digunakan untuk perkara yang negatif. Mat Salleh kata “The Latte Factor”. Sebagai contoh, kita kaki lepak Starbuck. Sebulan lepak sana 8 kali. Sekali minum RM20.00. Bayangkan perbelanjaan sebulan untuk minum kopi Starbuck adalah RM160.00. Berapa jumlah perbelanjaan untuk setahun? RM1920.00
Kalau kita kurangkan daripada 8 kepada 4, kita sudah jimat RM960.00. Perkara yang sama boleh berlaku pada aktiviti lain seperti tengok wayang atau keluar makan dengan awek.


7. ATM Fees
Tahukah kita bahawa bank di Malaysia ini ada mengenakan charge ATM pada pengeluaran duit yang lebih dari beberapa kali? Sebagai contoh Maybank. Kita boleh withdraw duit dengan percuma hanya 4 kali. Selebihnya anda kena bayar RM0.50 setiap pengeluaran seterusnya.
Mengeluarkan duit di ATM lain melalui MEPS juga akan dikenakan charge RM1.00. So cuba kira berapa kali anda keluar duit sebulan melalui ATM machine.
Screen Shot 2014-08-14 at 10.35.57 PM

8. Auto debit yang cilake
Kebanyakkan perjanjian jual beli atau loan dengan bank hari ini da option auto debit. Kalau boleh jangan ambil yang ni. Sebabnya kalau dia auto debit dan tak cukup duit dalam akaun, anda akan dikenakan charge tambahan. So kalau benda ini berlaku tiap-tiap bulan, charge penalty tak cukup duit sahaja dah boleh menyebabkan ketirisan kecil-kecilan. Walaupun sikit, lama-lama jadi bukit.



9. Buka joint account dengan makwe
Yang ni pun satu silap besar. Baru makwe pakwe dah buka joint account. Tok sah nak mengada nak tunjuk chenta kwaat sangatlah esok banyak keburukan dari kebaikan buka joint account ini. Selagi tak kawin, tak payah nak buka joint account.


Relationship ada naik turunnya begitu juga dengan pendapatan kita. So tak perlu nak bagitau semua lagi kat awek / balak. Belum kahwin dah kena control so dah kawin esok macam mana?


10. Tak pernah nak rancang kewangan
Nak travel? Nak sambaing belajar? Nak beli rumah pertama? Kita tak pernah nak fikir semua ini so last sekali sedar-sedar member kita dah ada 5 biji rumah sedangkan kita masih duduk menyewa. Member kita dah travel separuh dunia sedang kita masih lagi sembang kencang di kedai mamak tepi KLCC.

Sumber : Kayanya.me

Tips Berjimat Ramadhan

Gambar credited to Stanmore Jaffery’s (SJ)
  1. Berbelanja mengikut nafsu dalam membeli juada berbuka puasa (Iftor). Berserdahana ketika berbuka puasa.
  2. Kawal juga perbelanjaan utk Syawal, seperti biasa biarpun baru sehari berpuasa persiapan Syawal sudah bermula. Jadi kawal perbelanjaan untuk Syawal.
  3. Berbuka (Iftor) dan Sahur di Masjid atau Surau. Jimat dan dapat berjemaah sekali dalam beribadat. 
  4. Elakkan berbelanja untuk Buffet Ramadhan yang mahal. Ingat jumlah yang dibayar membolehkan anda guna untuk perbelanjaan berbuka hari lain. 
  5. Dengan elakkan berbelanja untuk Buffer Ramadhan pilihan untuk berbuka puasa di rumah anak-anak yatim. Kita gembirakan mereka, InsyaAllah kegembiraan di wajah mereka dapat memberi kita ganjaran oleh Allah.
  6. Berbuka puasa (Iftor) di rumah atau masak sendiri. Mengikut saranan Menteri masak sendiri untuk elak GST.  *Tapi masak kalau guna cili buang lah tangkai cili.

Tips Menabung

Simpan:

1. Kumpul Hijau RM5


2. Kumpul Merah RM10
3. Kumpul Oren RM20
4. Simpan Syiling


TETAPI kena:

1. KAWAL NAFSU
2. DISIPLIN
3. KEHENDAK vs KEPERLUAN

Saturday 6 June 2015

Pelaburan dan Simpanan di Malaysia





  1. Amanah Saham Bumiputera ASB (dividen 7-8%).
  2. Tabung Haji (dividen 5-6%)
  3. Saham Bank Rakyat (dividen 15-20%)
  4. Amanah Hartanah Bumiputera AHB (dividen 6-7%)
  5. Unit Trust (dividen + capital gain)
  6. Stock @ Bursa Malaysia (dividen + capital gain)
  7. Fixed Deposit @ Simpanan Tetap (3-4%)