Wednesday, 5 August 2015

Teknik ASB dan PTPTN

INI HANYALAH TEKNIK CADANGAN DENGAN ANDAIAN DIVIDEN 7% UNTUK ASB / 5.5% UNTUK TABUNG HAJI DAN PERLU BERDISIPLIN UTK MEMBAYAR DAN MENYIMPAN SETIAP BULAN. TIADA PINJAMAN ASB DILAKUKAN.


Satu teknik menyelesaikan hutang PTPTN dan pada masa yg sama menyimpan dalam ASB (Tidak perlu melakukan pinjaman ASB). Teknik menyelesaikan PTPTN dalam masa 5 tahun @ 60 bulan.

  1. Tetapkan bajet bulanan untuk pembayaran PTPTN dan simpanan ASB.
  2. Perlukan komitmen bulanan RM500 sahaja.
  3. Bayar mengikut jadual atau lebih.
  4. Jangan tertinggal menyimpan atau membayar.
Contoh:


Jumlah Pembiayaan: RM28000
Ujrah 1% dari RM28000: RM280 (setahun) @ RM23.33 (bulanan)
Tempoh bayaran balik: 180 bulan (15 tahun)
Jumlah upah: RM4200 (untuk 15 tahun)
Ansuran bulanan: RM178.89 @ RM180

Kita pilih untuk selesaikan dalam masa 5 tahun dan menyimpan di ASB selama 5 tahun. Anda perlu membayar ke PTPTN mengikut jadual iaitu RM180 sebulan.
  1. Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40 (Baki akhir boleh dpt disini Jadual)
  2. Simpanan terkumpul di ASB =  RM22,911.49
  3. Tolak Simpanan dan Baki Hutang.
  4. Andaian dividen ASB 7% setahun.
  5. Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).

Jika anda pilih Tabung Haji

  1. Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40  (Baki akhir boleh dpt disini Jadual)
  2. Simpanan terkumpul di Tabung Haji =  RM22,064.64
  3. Tolak Simpanan dan Baki Hutang 
  4. Andaian dividen Tabung Haji 5.5% setahun.
  5. Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).


27 comments:

  1. Kalau dpt 20% waktu bln ke 61 brp lebih duit kita dpt?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. sy kurang faham pasal year interest tu. contoh tahun pertama kalau simpan dekat asb tu rm3840, dividen interest 7%. kenapa interest cuma rm144.10?
    *minta tunjuk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kemasukan wang secara bulanan. Bukan masuk wang pada awal tahun/ Kiraan berbeza.

      Delete
    2. oo.yang kiraan yang tuan buat ni macam mana?

      Delete
    3. Ni simpanan bulanan, simpan mana-mana pun tak kan dpt dividen penuh mcm masuk sekali utk amaun yg sama.

      Cth RM1200 masuk 1 Jan dan RM100 masuk setiap bulan. Amaun dividen beza.

      Delete
  3. Salam. Maaf sy kurang jelas. Komitmen 500 sebulan means 180(byr ptptn) + 320(bry asb)= 500(komitmen). Ni ke maksud tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayar RM180 ke PTPTN
      Dan simpan RM320 dalam ASB/TH.

      Ni utk pinjaman PTPTN RM28K.

      Delete
  4. Ansuran bulanan tu macam mana kira?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ansuran PTPTN boleh rujuk surat tawaran yg ada dapat. Disitu ada nyatakan bulanan perlu bayar dan tempoh pinjaman.

      Delete
  5. kalau ptptn total 72k boleh guna kaedah ni tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Semak jadual pembayaran anda berapa setiap bulan (rujuk PTPTN).
      2. Kemudian tetapkan amaun utk ASB/TH.
      3. Pastikan amaun utk ASB/TH sesuai atau tidak dengan matlamat anda.

      Delete
    2. kalau setiap bulan rm 300 mcmana ya.

      Delete
    3. Maksud saya amount yg sepatutnya bayar ptptn setiap bulan adalah rm300. jadi berapa amaun yg sesuai untuk asb?dari sudut pandangan encik la?

      Delete
    4. 1. Semak jadual pembayaran anda berapa setiap bulan (rujuk PTPTN) - Bagus anda dah semak dgn PTPTN yg bulanan anda ialah RM300.

      Fokus yang bawah ni.
      2. Kemudian tetapkan amaun utk ASB/TH (Target tahun nak selesai).
      3. Pastikan amaun utk ASB/TH sesuai atau tidak dengan matlamat anda.

      Delete
    5. 2. Kemudian tetapkan amaun utk ASB/TH (Target tahun nak selesai). kalu dalam 10 tahun?
      3. Pastikan amaun utk ASB/TH sesuai atau tidak dengan matlamat anda. kalu loan 70k?

      Delete
    6. Jadi dengan RM300 (amaun dalam jadual pembayaran anda) berapa baki PTPTN anda selepas 10 tahun?

      Delete
    7. Kalau congak biasa RM300*12bulan*10 tahun = RM36K

      RM72K - RM36K mmg tak kan sama dengan jadual pembayaran PTPTN.

      Jadi berapa baki PTPTN anda based on amaun yang kena bayar dan berapa baki 10 tahun based on jadual yang dikeluarkan PTPTN?

      Delete
    8. Rujuk PTPTN utk tahu jumlah sebenar kena bayar.

      Delete
  6. Mcm mana pulak utk org yg Ada tunggakan Mcm saya? Boleh terangkan. Tq

    ReplyDelete
  7. saya tak berapa clear cara untuk melaksanakannya. Adakah saya perlu pergi ke kaunter asb? Mintak pencerahan.

    ReplyDelete
  8. Boleh kirakan amaun utk ASB n PTPTN brapa utk total rm12,500? .

    ReplyDelete
  9. Boleh kirakan amaun utk ASB n PTPTN brapa utk total rm12,500? .

    ReplyDelete