Saturday, 8 August 2015

Apa FRESH GRADUATE perlu buat?



  1. Gaji simpan 5-10%
  2. Jgn apply Kad Kredit
  3. Lupakan kehendak
  4. Jgn tambah hutang
  5. Jgn lupa Ayah Ibu
  6. Takaful/Insurans jgn lupa
  7. Sediakan tabung kecemasan 
  8. Jgn melabur utk gf/bg (makan sendiri bayar) 
  9. Jgn kejar teknologi terkini
  10. Rancang kehidupan: Kahwin/Haji/Sambung belajar 
  11. Jgn berhutang utk kahwin 
  12. Stabil tahan diri cuba tambah aset (Rumah)
  13. Haji jangan lupa daftar 
  14. Tahu apa gunanya Akaun KWSP 
  15. Tuhan jgn lupa 
  16. Sedekah/Zakat 
  17. Kereta beli sekadar yg mampu
  18. Abaikan cara hidup org lain yg bergaya dgn hutang 
  19. Tetapkan matlamat 5 tahun dari sekarang dan seterusnya 
  20. Boleh tambah sendiri.

Wednesday, 5 August 2015

Teknik ASB dan PTPTN

INI HANYALAH TEKNIK CADANGAN DENGAN ANDAIAN DIVIDEN 7% UNTUK ASB / 5.5% UNTUK TABUNG HAJI DAN PERLU BERDISIPLIN UTK MEMBAYAR DAN MENYIMPAN SETIAP BULAN. TIADA PINJAMAN ASB DILAKUKAN.


Satu teknik menyelesaikan hutang PTPTN dan pada masa yg sama menyimpan dalam ASB (Tidak perlu melakukan pinjaman ASB). Teknik menyelesaikan PTPTN dalam masa 5 tahun @ 60 bulan.

  1. Tetapkan bajet bulanan untuk pembayaran PTPTN dan simpanan ASB.
  2. Perlukan komitmen bulanan RM500 sahaja.
  3. Bayar mengikut jadual atau lebih.
  4. Jangan tertinggal menyimpan atau membayar.
Contoh:


Jumlah Pembiayaan: RM28000
Ujrah 1% dari RM28000: RM280 (setahun) @ RM23.33 (bulanan)
Tempoh bayaran balik: 180 bulan (15 tahun)
Jumlah upah: RM4200 (untuk 15 tahun)
Ansuran bulanan: RM178.89 @ RM180

Kita pilih untuk selesaikan dalam masa 5 tahun dan menyimpan di ASB selama 5 tahun. Anda perlu membayar ke PTPTN mengikut jadual iaitu RM180 sebulan.
  1. Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40 (Baki akhir boleh dpt disini Jadual)
  2. Simpanan terkumpul di ASB =  RM22,911.49
  3. Tolak Simpanan dan Baki Hutang.
  4. Andaian dividen ASB 7% setahun.
  5. Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).

Jika anda pilih Tabung Haji

  1. Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40  (Baki akhir boleh dpt disini Jadual)
  2. Simpanan terkumpul di Tabung Haji =  RM22,064.64
  3. Tolak Simpanan dan Baki Hutang 
  4. Andaian dividen Tabung Haji 5.5% setahun.
  5. Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).


Tuesday, 4 August 2015

Bayar RM50 sebulan PTPTN Berbaloi Atau Tidak?

Penerangan utk Pembiayaan menggunakan UJRAH

Rata-rata bagi cadangan bayar sahaja PTPTN RM50 sebulan. Persoalan sekarang berbaloi atau tidak?

  1. Bayaran tidak mengikut jadual akan memanjangkan lagi tempoh nak habis hutang
    • Prinsipal yang dibayar hanya sedikit (akan dijelaskan di bawah)
  2. Bayaran minima hanya melepaskan anda dari sekatan ke luar negara.
Contoh:

Jumlah Pembiayaan: RM24000
Ujrah 1% dari RM24000: RM240 (setahun) @ RM20 (bulanan)
Tempoh bayaran balik: 180 bulan (15 tahun)
Jumlah upah: RM3600 (untuk 15 tahun)


Jadual boleh dibina di PTPTN

Jika anda memilih untuk membayar RM50 sebulan. Anda cuma membayar RM30 = RM50 - RM20 (Ujrah) keatas Prinsipal ada kurang lagi RM103.33. Pembayaran dibuat selama 15 tahun hanya mengurangkan RM5400 sahaja berbaki lagi RM18,600.

Ujrah adalah upah (sama selama tempoh bayaran balik).

Pendapat saya bayaran RM50 sahaja tidak membantu anda menyelesaikan hutang cuma membantu dalam keadaan sementara. Cadangan membayar ikut jadual ANSURAN BULANAN (ikut jadual diatas) membantu menyelesaikan hutang PTPTN pada masa ditetapkan.

Kiraan mudah:
Hutang RM24,000 
Bayar RM50 sebulan (RM30 tolak prinsipal)
Dalam masa 800 bulan @ 67 tahun akan selesai.